update raya

Selamat Hari Raya geng. Teruja tgk dah ramai update aku pun nak update utk kenangan hari tua kelak. Ahaks.

1st Syawal
Dr malam sebelum tuh dah tido keramat. Efi tido lambat sexcited nak raya kot, kul 815 aku kejut tak bangun2 jugak. MIL aku dah masak2 start kul 4 pagi, aku menantu solehah x bangun tolong pun. :PKul 630 pg semua dah selesai. Aku tolong kemas2, isi nbalang kuih raya, potong2 ketupat and buat kuah kacang instant. Sedap. Since awang kenit tak bangun aku gi masjid semayang. Balik rumah lps solat, efi dah bangun. Suap nasi ngan kari ayam mandikanm kenit all ready.l Sesi bergambar and salam2. Efi good mood. Bagus. So terus ke Rawang rumah Pak Long. Melepak pekena rendang nogori pedas nak mampus, then gi kubur arwah nenek jaz then balik ke Ampang. Gi rumah Mak Ngah, dah kul 230 time tuh. Layan pulut kuning ngan rendang. Hujan lebat kat KL stranded dlm rumah then ard 5pm baru balik kmat. Baru aku igt nak tido, dah 4 kereta sampai. Teruslah berkhidmat utk negara kan akak. Tetamu sume balik kul 8pm. Sedara mara jaz jenis suke duduk lepak lama2 bila dtg beraya tau, pening. Stok kena buat air 3-4 kali..menggeltis aku. Then lps tuh mandi2 sume tukar uniform, aku dah pakai seluar ngan blouse ajer, rimas gi rumah mak uda jaz. Kul 10pm, shoot off balik Puchong. Big day esok sume nak dtg lunch rumah kami.

2nd day
pagi2 aku baru nak prepare2 pinggan mangkuk, cawan sudu garfu. Sib baik org dah dtg cuci rumah ptg last poser. Aku try parttimemaid.com. RM45 utk 2 jam keje 2 org dtg. Bagus giller buat keje, habis sume depa sental, so takyah susah2 pening pasal rumah. Menu aku yee mee, kuah kacang, nasi himpit, kari ayam aku masak jer nasi satu periuk sesalah ader nak makan nasi. simple tapi hot cakes. dah ready2 bahan sume, tak masak lagi pun kuah kacang dah siap nasi himpit aku dah pootong. target org sampai baru masak yee mee nanti kembang x best. Sekali MIL aku call ckp x jadi kul 12, kul 2 plak. Cit, aku dah bosan duk rumah. Perut lapar tp aku x lalu yeemee. Bawak kuar ikan tenggiri ader kepala seketul isi ikan 2 ketul, aku singgang kan kepala goreng part isi, ambik udang utk buat yee mee 6 ketul sedang buat goreng kunyit oyster campur sili padi. siap lunch utk aku ngan jaz. Efi lenjan meehoon pagi tadi. Dah habis lunch kelam kabut kemas dapur balik tunggu tetamu x sampai2 jugak. Tension gaban dah nih. Dahlah neighbour2 sume balik raya bosan tahap kritikal. Last2 aku main tenet mcm org duk obersea lak, ngan hujan lebat2 tuh. AKu siap ngamuk2 ngan jaz. kekekeke.. last2 kul 430 baru sampai keter 1st. lps tuh xyah cakap lah, 3 bungkus yee mee aku habis aka 15 gelung. cili padi kicap sampai 2 bowl. masing2 suke makan sbb dah naik muak kena rendang lemang kot. Tetamu balik kul 11malam. Buleh? kalut2 aku kemas2, then kul 12 tgh malam naik atas baru kemas2 barang nak balik tganu.

3rd day
Kul 5 pg, bil aku dtg amik antar pi lcct. X sbr 2 dh aku nak sampai kampungku. Sampai pdg midin kul 815pg terus masuk dapur, proses membuat kuah ayam masak merah utk 6 ekor ayam. Then terus bedal nasi minyak. Lega. first tetamu, anak beranak NIk 6 keter sampai, termasuk Abang Ju dr brisbane pun ader. best. Puas hati tgk org makan. lps tuh tetamu x putus2 dtg, kul 10pg, acar dah tak cukup. Nik bawak efi ngan eti gi Giant, efi trus tido bangun2 kul 3ptg ngan jaz2 sekali letih punyer pasal. Aku lak dah sampai kt mana reti letih. kul 1130pg, cousin aku sampai dr taiping, projek bubur lambuk ari raya. hebat giller satu periuk besar bubur lambuk. kul 2ptg Kak ta and clan lak sampai, makan nasi lagi satu round. puas hati. MMg tak kuar kemana pun aku, padan duk umah, layan tetamu and keje makan makan makan. syok. last tetamu balik dekatnak maghrib. Mandi2 semua then sume pakat duduk tgh padang main bunga api ngan mercun. Efi pun syiok. Lps tuh layan coklat cake baru masak, lps tuh anak aku tido terus ngan jaz, aku layan gossip ngan adik2 aku. Layan borak2 ngan ayah aku, byk proposal dibincangkan, next month bapak aku pencen, ader 1-2 ideas dier bagi aku nak kena buat research utk dier sikit. Aku tido kul 1 pg.

4th day
Menu nasi dagang ari ni. Hebat. maha hebat aku mengisar perut ngan nasi dagang lak. Amik turn ari nih. Lps breakfast aku jaz efi, ita eti ngan Aa kuar. Mek yan balik umah MIL. Gi 3 rumah member ayah aku. Siap layan gulai daging ikan masin ngan sayur labu org kenduri lagi. Hebat sungguh aktivit makan aku. kul 1 balik rumah. lps zohor baru aku kuar balik. Barulah kire gi beraya rumah atuk aku, back dated citer. gi rumah sedara2 belah arwah mak aku, gi rumah sedara2 belah ayah aku, kul 6 baru balik. Sampai rumah lenjan nasi dagang lagi, mandi2 then aktiviti bunga api spt biasa. sekali kul 830 big boss ayah aku call nak dtg. Dah kena buat SOS masak pasta sikit sbb dah takde makanan basah nak hidang.

5th day
Ari ni pagi2 dah gi breakfast rumah cousin aku. Dier baru naik rumah baru. lawa giller rumah. melapak sampai kul 11pg. Sampai rumah semua lembik dan bermalas2 saja di rumah. Mmg aktiviti bermalas sahaja. Ptg tuh ader small discussion ngan papa aku and jaz and aku lah kan. Ader pojek sikit. Pastuh kena 1-2 das on money mgmt issues ngan ayah aku. Biasalah ayah aku tegur 1-2 benda yg mmg ader betulnyer. Ader few things highlighted which slowly aku kena ubah la, kena pikir kedepan. Bukan pk syok2 ajer dah ..alamak to be continued laki aku sibuk suh aku goreng meehoon…

Advertisements

3 Responses to “update raya”

  1. ummizz Says:

    mmg kalau baca bab aktiviti makan2 elin ni, terliur dibuatnya.. penceritaannya tu tak tahan..

  2. rina Says:

    makan… makan… makan… mmg giler syiokkkk

  3. - tety - Says:

    raya ke-4 : menu sama, nasi dagang… hehehe
    time raya kt TIB la aku penatsss… mmg kena jd menantu mithali… mil aku lak jenis skali masak harus 7 8 jenis lauk… adeihh sebelum & selepas tetamu datang aku penatsss… last2 aku sdiri dah x de selera nk makan sbb …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: